tag Awak dah tunai janji bawa saya jumpa keluarga awak .. tetapi saya datang ratapi jasad kaku awak (5Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Awak dah tunai janji bawa saya jumpa keluarga awak .. tetapi saya datang ratapi jasad kaku awak (5Gambar)

Permergian insan yang disayangi oleh setiap insan adalah dugaan besar dalam hidup ini diluahkan oleh teman wanita Arwah Muhammad Fakhrur yang maut dengan tragis sehingga jasad terputus dua akibat kemalangan motosikal.
Ini luahan insan yang lebih dikenali dengan nama " Love Qalbu " .



Al Fatihah buat Muhammad Fakhrur Razi Bin Mohd Khair 
Allahuakbar.. Allah telah aturkan pertemuan yang sgt terindah antara saya & awak.. alhamdulilah akhirnya awak bawak sy jumpa mak ayah awak adik beradik awak dalam satu pertemuan yg meremuk hati kami semua.. akhirnya janji awak tercapai untuk bawak sy dtg ke kampong awak felda sg behrang dalam keadaan mengiringi pemergian awak.. Allahuakbar.. awak seorang yang setia, penyayang, ambil berat, suka pada budak2, hormat orang tua,menyayangi keluarga awk lbh dari diri awak.. Allahuakbar
Terima kasih atas segala yang awk dah korban untuk saya... ya Allah Sayang yg tidak trluah terhadap awak. Awk mengajar sy erti sabar. Awak mengajar sy sifat lemah lembut, awak mengajar sy menghormati orang lain.. Sehebat mana Sayang sy pada awak,Allah lebih menyayangi awak.. sy redha... sy kne kuat.. Perginya tanpa d duga, pergi tnpa di rela.. perginya d dlm bulan yg mulia.. awak.. moga engkau dtempatkn bersama org2 yg beriman.. sesungguhnya kami rindu akan lawak jenaka mu.. .awak memang murah dgn senyuman. 
Innalillahiwainnahirojiun...

Akhbar melaporkan Mayat seorang penunggang motosikal ditemui terputus dua dipercayai digilis kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 406.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mayat Muhammad Fakhrur Razi Mohd Khir, 21, yang menunggang Yamaha 125 ditemui berhampiran besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya tidak jauh dari motosikalnya.
Dalam kejadian itu, tiga buah kereta dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian depan kereta masing-masing selepas terlanggar objek yang tidak dikenal pasti di lorong kanan lebuh raya namun dipercayai motosikal mangsa.
Tiga kenderaan terbabit terdiri daripada dua buah Honda City dan sebuah Mazda 6. Kesemua pemandunya dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata kemalangan membabitkan motosikal itu hanya dapat dikesan selepas tiga pemandu kereta terbabit melaporkan kenderaan mereka rosak kerana terlanggar objek di atas lebuh raya.
"Pemeriksaan kemudian menemui motosikal mangsa di melintang di lorong kanan sebelum menemui cebisan mayat mangsa di pembahagi jalan di tengah lebuh raya di lokasi terbabit.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Bharu di talian 03-60641222.

No comments

Powered by Blogger.